Penerangan
21 Julai 2024, JOHOR BAHRU: Pengarah JAS Johor, Dr Mohd Famey Bin Yusoff dan pegawai-pegawai kanan JAS Johor telah mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Kamal Bin Mohktar, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor di pejabat Pertahanan Awam Negeri Johor di Setia Tropika, Johor Bahru.
Kunjungan hormat ini diadakan untuk membincangkan peranan dan bentuk jalinan kerjasama yang boleh diwujudkan antara JAS dan APM dalam memberi perkhidmatan yang lebih cekap kepada rakyat terutamanya bagi mengawal isu pencemaran di Johor.