Penerangan
21 JULAI 2024, JOHOR BAHRU -
Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjayakan Program Pelancaran Kelestarian dan Kempen Penanaman 100 juta Pokok anjuran Sekolah Kebangsaan Taman Daya (SDAYA), Johor. Turut hadir dalam program ini adalah Puan Mazrita binti Masnon, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor.
Antara program yang dilancarkan adalah Program Hari Khamis Sifar Plastik, Projek Kebun Bandar Lestari, Projek Jom Kitar Semula dan pelantikan SDAYA Green Rangers (SGR).
SGR merupakan salah satu usaha pihak sekolah memberi pendedahan kepada pelajar untuk sentiasa cakna mengenai kelestarian alam sekitar dan sebagai agen penyampai maklumat kepada pelajar yang lain. Moto SGR adalah SDAYA Upaya, Alam Sekitar Terpelihara.
Program Kelestarian SDAYA 2024/2025 ini mendapat sokongan penuh daripada pihak PIBG sekolah dan wakil syarikat Hershey Malaysia Sdn. Bhd.
Sehingga kini, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok (2021-2025) ini telah mencapai 90 juta pokok yang ditanam. Dalam program di SDAYA ini juga, sebanyak 50 pokok telah ditanam oleh wakil sekolah, agensi dan syarikat.
Jabatan ini sentiasa menyambut baik usaha dan inisiatif pihak sekolah untuk kelestarian alam sekitar kerana alam sekitar adalah tanggungjawab bersama.