KAJANG, 14 Julai 2024 – Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Kajang telah menjalankan rondaan di Kawasan Perindustrian Selaman, Seksyen 10 Bangi, kawasan tapak sampah haram Sg Tangkas Bangi. Hasil siasatan telah menemui 3 tempat baru longgokan sampah haram dan 1 daripadanya terbakar pada skala yang kecil. Kawasan tapak sampah haram ini akan dipanjangkan kepada pihak MPKJ sebelum tapak tersebut semakin besar.
JAS Selangor berharap orang ramai dapat melaporkan kes-kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol :1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di
[email protected]. Orang ramai juga boleh melaporkan kes-kes yang melibatkan pembakaran terbuka kepada Jabatan BOMBA dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol 1-800-88-994 dan SMS 03-88880964