PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR

4dm1n@d03 26/07/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
26/07/2024
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

KLANG, 13 Julai 2024 – Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah menjalankan rondaan dan siasatan aduan di kawasan industri dan komersial di Taman Perindustrian Pulau Indah, Telok Gong, Pandamaran, Johan Setia dan beberapa kawasan industri di Klang Selatan. Hasil siasatan mendapati kebanyakan premis tidak beroperasi terutama pada cuti hari minggu. Tiada aktiviti pencemaran oleh kilang-kilang yang beroperasi dan aktiviti pembakaran terbuka di kawasan rondaan. JAS Selangor berharap orang ramai dapat melaporkan kes-kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol :1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di [email protected]. Orang ramai juga boleh melaporkan kes-kes yang melibatkan pembakaran terbuka kepada Jabatan BOMBA dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol 1-800-88-994 dan SMS 03-88880964.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan