KLANG, 14 Julai 2024 – Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah menjalankan rondaan dan siasatan aduan di kawasan industri dan komersial di Kawasan Perindustrian Telok Gong, Kawasan Perindustrian Pandamaran, Kawasan Perindustrian Kampung Idaman, Kawasan Perindustrian Sobena Jaya, Kawasan Perindustrian Selat Klang dan Kawasan Perindustrian Pulau Indah. Hasil siasatan mendapati kebanyakan premis tidak beroperasi terutama pada cuti hari minggu. Tiada aktiviti pencemaran oleh kilang-kilang yang beroperasi dan aktiviti pembakaran terbuka di kawasan rondaan.
JAS Selangor berharap orang ramai dapat melaporkan kes-kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol :1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di
[email protected]. Orang ramai juga boleh melaporkan kes-kes yang melibatkan pembakaran terbuka kepada Jabatan BOMBA dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol 1-800-88-994 dan SMS 03-88880964.