Penerangan
SHAH ALAM, 11 Julai 2024 - YBrs. Puan Nor Aziah Jaafar, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor hari ini turut sama hadir ke Majlis Pelancaran Program Pengutipan Sisa Elektrik/Elektronik (e-waste) bertempat di Wisma Dewan Negeri Selangor, Shah Alam. Ia merupakan inisiatif Kerajaan Negeri dengan kerjasama pihak ERTH dan MAXIS Sdn. Bhd. Majlis yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor turut menyaksikan agensi kerajaan negeri termasuk JAS menerima ‘e-waste smart box’ sebagai simbolik bermulanya kempen pengumpulan ‘e-waste’ yang dimulai dengan pejabat-pejabat kerajaan. "E-waste dikitar, bumi terpelihara"