PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PAMERAN & KEMPEN KESEDARAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR SEMPENA KARNIVAL ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR 2024

4dm1n@d03 26/07/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PAMERAN & KEMPEN KESEDARAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR SEMPENA KARNIVAL ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR 2024
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
26/07/2024
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

PETALING JAYA: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah dijemput untuk menyertai pameran kesedaran alam sekitar sempena Karnival Alam Sekitar Negeri Selangor 2024 pada 20 -21 Julai 2024 bertempat di 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama, Petaling Jaya Karnival yang telah dirasmikan oleh YB Puan Jamaliah binti Jamaluddin, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negeri Selangor turut disertai oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang bertujuan untuk memupuk dan memberikan kesedaran alam sekitar kepada orang awam khususnya kepada rakyat Negeri Selangor. Selain pameran, JAS Selangor juga turut mengambil peluang menyediakan kemudahan pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) secara atas talian kepada pengunjung yang hadir. Program Rakan Alam Sekitar (RAS) merupakan inisiatif JAS dalam membangunkan kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat dalam aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Jabatan Alam Sekitar komited untuk bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan serta swasta menjalankan kempen kesedaran kepada masyarakat sebagai salah satu usaha untuk memastikan pemuliharaan alam sekitar yang mampan dan lestari. "Alam sekitar tanggungjawab bersama"

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan