Penerangan
SHAH ALAM: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan JAS Selangor (KESAS) telah mengadakan program seminar pada 17 -18 Julai 2024 bertempat di IDCC, Shah Alam. Seminar yang dirasmikan oleh Puan Nor Aziah Jaafar, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah dihadiri seramai 350 orang peserta.
Seminar ini dijalankan bagi memberi kefahaman kepada pihak industri mengenai pemakaian Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih 2014), Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 dan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.