Penerangan
SUBANG JAYA: Bertindak atas aduan orang awam yang menyatakan telah menghidu bau seperti bahan kimia terbakar, pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan aktiviti pemantauan di sekitar kawasan pengadu di kawasan USJ 11 pada 19 Julai 2024.
Rondaan pemantauan telah dijalankan di kawasan komuniti USJ 1, melalui Jalan utama di perimeter USJ 11 iaitu di Persiaran Tujuan, Persiaran Bakti dan Persiaran Perpaduan. Hasil pemantauan di kawasan perumahan berkenaan mendapati keadaan kualiti udara adalah sangat baik dan normal. Pemantauan telah dijalankan di kawasan USJ 12 yang terletak di USJ 11 dan terhampir dengan kawasan perindustrian. Pasukan juga turut tidak mendapati sebarang bau yang mencurigakan. Secara keseluruhannya keadaan adalah baik dan terkawal tiada sebarang aktiviti pencemaran dari kawasan USJ dan kawasan perindustrian berdekatan semasa tempoh rondaan dijalankan. Walaubagaimanapun pemantauan akan dijalankan dari semasa ke semasa sekiranya laporan penerimaan aduan yang tinggi di kawasan berkenaan.