Penerangan
LAPORAN LAWATAN TAPAK & RONDAAN ?? UNIT EIA & INPUT PEMBANGUNAN BERSAMA BAHAGIAN PENILAIAN, JAS IBU PEJABAT
TARIKH : 20 Jun 2024
HARI : Khamis
MASA : 7.00 Pagi - 6.00 Petang
ANGGOTA :
1. JAS Sabah: PP(K) FM, PPK(T) MP, PJ RLSK, PMD ACD, PMD NK, 2 Pelajar Latihan Industri
2. JAS Ibu Pejabat: KPP Hj. Hisyam, PP(K) Faizura & PJ Alif Haikal
TUGAS :
1. Lawatan ke Tapak Projek EIA Jadual Kedua bersama Bahagian Penilaian JAS Ibu Pejabat bagi Cadangan "Integrated Scheduled Waste Management Hub (ISWMH)" yang terletak di Lot 3-10 Sipitang Oil & Gas Industrial Park (SOGIP), Sipitang.
2. Rondaan Darat OMPT
LOKASI :
??1. SOGIP, Sipitang??
??2. Sepanjang Perjalanan Pergi dan Balik dari Pejabat di Kota Kinabalu dan Beaufort ke SOGIP, Sipitang??
LAPORAN & PENEMUAN : -
1. Kawasan terletak di zon perindustrian berat (Heavy Industry – IN(H) berhampiran dengan premis PCFSB - Petronas iaitu di Lot 3-10, SOGIP, Sipitang, Sabah.
2. Keadaan semasa di tapak projek adalah masih tanah lapang berbatuan & sebahagian dipenuhi tanaman tutup bumi. Pemerhatian mendapati belum ada sebarang kerja-kerja pembersihan tanah dijalankan.
3. Lawatan tapak dijalankan di kawasan-kawasan berikut:
A. Sempadan tapak projek;
B. Dalam kawasan tapak projek;
C. Cadangan takat pelepasan akhir dari Plant Area dan
sempadan tapak Secure Landfill;
D. Cadangan takat pelepasan akhir dan titik pelepasan;
daripada loji rawatan larut resapan dan kolam;
E. Takat pertemuan air larian permukaan dari tapak projek;
F. Kawasan pemastautin individu terdekat;
G. Lokasi cadangan aktiviti pemantauan;
H. Saliran yang bercantum dengan Sg. Mengalong;
I. Kawasan perkampungan berdekatan Sg. Mengalong;
J. Kawasan pembangunan perumahan dan pembesaran tanah SOGIP masa depan; dan
K. Kawasan perumahan di utara tapak projek.
4. Mesyuarat EIATRC secara hybrid telah dijadualkan oleh JAS Ibu Pejabat pada 2 Julai 2024 (Selasa), 2.30 petang dan ulasan bertulis JAS Sabah ke atas Laporan EIA telah dikemukakan pada 28 Mei 2024.
5. Rondaan darat OMPT juga dijalankan semasa perjalanan pergi dan balik dari pejabat ke lokasi tapak projek di sepanjang jalan di Jalan KK-Papar, Papar-Beaufort, Beaufort-Sipitang dan SOGIP. ??? Tiada pembakaran ?? terbuka dikesan sepanjang laluan.
CUACA: Panas & Mendung ???????
Sekian laporan.
Unit EIA & Input Pembangunan