Penerangan
LAPORAN RONDAAN
TARIKH : 18.06.2024 (SELASA)
MASA : 07.30 am - 04.00 pm
ANGGOTA : PP(K) FM, PPK(T) MP, PJ RLSK, PO ACD
TUGAS :
1???. Jemputan menghadiri taklimat dan lawatan tapak cadangan lokasi pelaburan Kilang Kaca Solar Baharu Syarikat Kumpulan Kibing, Kimanis, Papar
2??? Lawatan tapak permohonan input pembangunan Projek Proposed 100MW Interim Power West Coast, Sabah.
3???. Rondaan darat OMPT.
KAWASAN RONDAAN
1???. Pejabat - Jalan Papar Highway - Kimanis - Ladang Sawit Kimanis (Sawit Kinabalu S/B) - Jalan River Benoni, Kimanis - Pejabat
PENEMUAN :
*Kilang kaca solar Syarikat Kumpulan Kibing
1??? Taklimat telah diberikan di lapangan oleh pihak Syarikat Kumpulan Kibing (pelabur), Sawit Kinabalu S/B (pemilik tapak tanah) dan Setiausaha Tetap MIDE Ybg. Datuk Thomas Logijin.
2??? Tapak tanah cadangan kilang didapati dimiliki oleh Sawit Kinabalu S/B iaitu di Ladang Sawit Kimanis seluas 400 ekar.
3??? Didapati belum ada kerja-kerja dilapangan dijalankan dan kawasan masih ditumbuhi/ditanam pokok kelapa sawit.
4??? Didapati juga hanya ada perumahan pekerja Sawit Kinabalu S/B di sekitar kawasan ini dalam lingkungan 2-3 Km.
5??? Ulasan teknikal akan dikemukakan kepada PBT (MDP) berkenaan perkara ini.
*Proposed 100MW Interim Power West Coast, Sabah - Dynac S/B
1??? Permohonan lawatan tapak dan ulasan adalah berkait dengan bidaan syarikat ini bagi projek dibawah kendalian Sabah Electricity S/B.
2??? Projek adalah cadangan membekalkan tenaga elektrik kepada Grid SESB menggunakan open cycle gas turbine power plant.
3??? Lokasi tapak bersebelahan dgn SPR Power Plant (> kurang 200 m) dan merupakan bekas kilang/workshop KNM PetroSab Engineering S/B yg sudah lama ditinggalkan/dikosongkan.
4??? Pemeriksaan mendapati zon tapak tanah tidak dizonkan sbg heavy/special industri.
5??? Ulasan teknikal akan dikemukakan (salinan PBT) sebagai maklumbalas surat yg diterima.
**Tiada PT dikesan semasa rondaan.
Cuaca: Cerah/panas pagi dan mendung sebelah petang.
Sekian. Tk.
UNIT EIA & IP