Penerangan
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG
TARIKH : 13.06.2024 (Khamis)
MASA : 8.00 am - 5.00 pm
ANGGOTA : PPKK JJ, PJ MKA & PO AY
TUGAS :
1. Pemeriksaan CAC PYDT KGA di Tenom
2. Rondaan Darat
?? KAWASAN RONDAAN:
Beaufort - Membakut - Bongawan - Kimanis - Keningau Tenom - Keningau.
PENEMUAN
??? KILANG SMR TENOM
1. Premis beroperasi dengan kapasiti 40MTD. Semakan dokumentasi spt pematuhan syarat lesen, OER, Pemantauan prestasi, EMAINS dan ESWIS. Premis belum melaksanakan pengukuran pelepasan bendasing cerobong dan Audit alam sekitar pihak ketiga.
2. Semakan OER dan rekod makmal Pemantauan Prestasi efluen mendapati 2 parameter gagal mematuhi pelepasan merujuk Jadual Keempat PPKAS(PYDT)(KGA) ditetapkan dalam syarat lesen iaitu SS dan TS, tendency menyediakan IP seandainya keputusan analisis kimia oleh JKM untuk sampel diambil sekiranya tidak patuh.
3. Pemeriksaan kolam-kolam SPE didapti baik, kerja pembersihan rubber trap berjalan mengikut jadual rutin tetapi desludging kolam ke atas 1 kolam Anaerobik dan 4 kolam facultative belum dilaksanakan. Premis belum melantik OYB efluen.
4. Pemeriksaan AKPU Wet Scrubber mendapti operasi unit ini adalah baik dan ada memasang tolok2 pemantauan, walau bagaimanapun belum melantik OYB CEPSO. 1 unit janakuasa model CATERPILLAR kapasiti 101KVA mempunyai PB.
5. Pemeriksaan stor BT adalah baik dan pelupusan terakhir dibuat pada Mei 2024 melalui pengangkut LBSB, pihak LBSB belum mengemukakan nota konsainan untuk mengemaskini rekod inventori tetapi dijangka minggu hadapan boleh diperolehi, Label SW109 dan SW410 diarah untuk dilekatkan pada bekas bt bukannya di dinding stor bt. 3 calon OYB CEPSWAM bakal menghadiri kursus dianjurkan pada Julai 2024 nanti di Hotel Ming Garden Kota Kinabalu.
6. Pemeriksaan operasi proses adalah terkawal mengikut kapasiti lesen dengan tempoh operasi 15 jam sehari / 2 syif. IO membuat teguran di bahagian penerimaan raw material untuk jenis kepingan getah gred rendah yang perlu dijemur dahulu tetapi amalannya tidak sesuai kerana kawasan terbuka berkenaan tidak dilengkapi sistem peparitan dan berdinding premis perlu kaji kaedah lebih sesuai. IO kongsikan handbook no.2 rubber processing untuk rujukan.
7. Tiada aktiviti PT dikesan.
TINDAKAN
1. Sampel efluen rasmi diambil di TPA.
2. FC: Menjalankan desludging kerana laporan OER secara konsisten menunjukkan parameter SS dan TS tinggi melebihi had manakala lain2 parameter patuh. Melantik OYB Udara dan Efluen pada kadar segera, melantik audit alam sekitar, menjalankan pengukuran pelepasan bendasing cerobong, mengemaskini papan tanda kolam dan papan tanda takat akhir pelepasan untuk dipasang ditempat yang jelas dipandang. Mengadakan ERP.
3. Susul FC dengan Notis S.31 dan S.37.
Cuaca: Cerah.
Sekian dilaporkan.