Penerangan
LAPORAN RONDAAN UNIT ADUAN & LRK
TARIKH : 10.06.2024 (ISNIN)
MASA : 9:00AM - 7:00 PM
ANGGOTA :
PKK ALI, PJ HJ, PMD NK
KAWASAN RONDAAN:
Pejabat - Kota Belud - Sekuati (Kudat) - Pejabat
TUGAS :
1. Siasatan aduan tasik berwarna hijau kemerahan di Kg. Masakong, Sekuati, Kudat.
2. Rondaan darat OMPT.
PENEMUAN :
1) Tiada sebarang punca di bawah bidangkuasa JAS di sekitar kawasan tasik.
2) Tasik yang dimaksudkan terletak dalam lot tanah dimiliki oleh pengadu.
3) Guna tanah sekitar kawasan berhampiran tasik terdiri daripada kebun kecil-kecilan kelapa sawit (persendirian) dan kawasan belukar.
4) Hasil siasatan mendapati tiada sebarang kesan berminyak atau apa-apa air buangan memasuki tasik berkenaan.
5) Kesan warna keperangan pada permukaan tasik masih ketara. Ini adalah dipercayai fenomena 'alga bloom' kerana air stagnant dan ditambah dengan kemungkinan nutrien (sisa fertilizer) daripada kebun kelapa sawit yang memasuki tasik melalui surface runoff semasa musim hujan.
6) Persampelan insitu menggunakan YSI tidak mengesan bacaan parameter luarbiasa daripada keadaan tasik semulajadi.
PENGUATKUASAAN
1) Keadaan 'alga bloom' semulajadi telah dijelaskan kepada pengadu.
2) Tiada tindakan susulan disyorkan ke atas kes aduan ini.
3) Tiada mengesan PT semasa rondaan.
Cuaca : Panas.
Sekian