PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAPORAN LAWATAN TAPAK & RONDAAN ?? UNIT EIA & INPUT PEMBANGUNAN

Holly 25/07/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN LAWATAN TAPAK & RONDAAN ?? UNIT EIA & INPUT PEMBANGUNAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
25/07/2024
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Kota Kinabalu

Penerangan

LAPORAN LAWATAN TAPAK & RONDAAN ?? UNIT EIA & INPUT PEMBANGUNAN TARIKH : 4 Jun 2024 HARI : Selasa MASA : 7.00 Pagi - 4.30 Petang ANGGOTA : PP(K) FM, PPK(T) MP, PJ RLSK, PMD NK & seorang Pelajar Latihan Industri TUGAS : 1. Lawatan ke Tapak Projek EIA Cadangan Pembinaan Kemudahan Rawatan Enap Cemar Kumbahan yang terletak di dalam kawasan Kudat Centralized Sewage Treatment Plant (CSTP), Kudat, Sabah 2. Rondaan Darat OMPT LOKASI : ??1. CSTP Kudat, Kudat?? ??2. Sepanjang Perjalanan Pergi dan Balik dari Pejabat ke Kudat?? LAPORAN & PENEMUAN : - 1. Lawatan ke lokasi tapak aktiviti yang dicadangkan bertujuan untuk mengenalpasti aktiviti gunatanah di sekitar tapak, penerima sensitif, melihat keserasian dan kesesuaian pembangunan aktiviti yang dicadangkan di lokasi tapak berkenaan. 2. Kawasan terletak di zon kemudahan awam (public utility) yang berada dalam kawasan sempadan CSTP Kudat sedia ada yang telah beroperasi. Keadaan semasa tapak projek yang dicadangkan tanah rata dan lapang. 3. Aktiviti gunatanah sekeliling pada sekitar radius 150 meter terdiri daripada kawasan perumahan dan kawasan komersil. Kawasan dan penerima sensitif alam sekitar yang dikenalpasti adalah Jalan Damai Housing dan Friendly Garden Phase 2 ~ 150 meter dari sempadan tapak yang dicadangkan dan tiada Sungai yang berhampiran dengan tapak yang dicadangkan. Semua pelepasan air permukaan dan kumbahan ke sistem perparitan awam sedia ada yang akhirnya mengalir ke laut (> 500 meter). 4. ???Lawatan juga dijalankan di mana data baseline diambil iaitu bagi persampelan kualiti air permukaan, kualiti udara dan bunyi bising. Pihak Jururunding EIA diminta untuk melihat keperluan untuk pemantauan kualiti udara dan bunyi bising di ketiga-tiga lokasi baseline yang dicadangkan dalam Laporan EIA dengan mengambil kira penilaian impak yang dibuat dalam kajian EIA yang telah dijalankan. 5. ???Aktiviti yang dicadangkan dilihat tidak serasi dengan aktiviti gunatanah sekeliling. Terdapat penerima sensitif alam sekitar (kawasan perumahan) pada jarak radius 150 meter zon penampan minimum yang disyorkan dalam garis panduan Guidelines on Siting and Zoning of Industries and Residential Area (SZIRA, 2012). Walau bagaimanapun, CSTP Kudat sedia ada telah pun dizonkan kepada zon kemudahan awam (public utility). 6. ???Rondaan darat OMPT juga dijalankan semasa perjalanan pergi dan balik dari pejabat ke lokasi tapak projek. ??? Tiada pembakaran ?? terbuka dikesan sepanjang laluan. CUACA: Baik dan panas ??????? Sekian laporan. Unit EIA & Input Pembangunan

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan