Penerangan
16 JULAI 2024, Menara Persekutuan - Mesyuarat EIATRC melibatkan agensi yang berkaitan, pemaju projek dan jururunding EIA telah diadakan di Jabatan Alam Sekitar Melaka bagi membincangkan laporan EIA bagi cadangan pembangunan pangsapuri di Mukim Bandar XLII, Daerah Melaka Tengah VIII III, Melaka.
Cadangan projek tersebut tertakluk di bawah Aktiviti 12(a) dalam Jadual Pertama, Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 di bawah Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama