Penerangan
21 JULAI 2024, Johor Bahru – JAS Negeri Johor telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil. 3/2024.
Dr. Mohd Famey bin Yusoff, Pengarah JAS Johor telah menyampaikan amanat kepada warga kerja JAS Johor dan beliau turut melancarkan sistem bagi menambahbaik perkhidmatan pelanggan di JAS Negeri Johor.
Tiga (3) sistem yang dilancarkan iaitu sistem pesanan@jasjohor, kepuasanpelanggan@jasjohor dan aduankerosakan@jasjohor.
Sistem ini boleh diakses dengan mengimbas kod QR yang disediakan. Sistem ini diwujudkan bagi memudahcara pengurusan dan perkhidmatan JAS Johor supaya lebih pantas dan efisyen.