Penerangan
17 JULAI 2024, PONTIAN, JOHOR - Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat), JAS Negeri Johor telah menjalankan pemeriksaan di kawasan Ara Pasong bersama Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) susulan aduan dari penduduk di kawasan berkenaan bermula 10.00 malam sehingga 1.00 pagi.
Ketika siasatan didapati bacaan "sound level meter" adalah normal. Pihak JAS telah mengeluarkan arahan lapangan supaya premis "precast" tersebut melaksanakan "Noise Boundary Monitoring" dan mengemukakan laporan kepada pihak Jabatan.
Premis dikehendaki mematuhi Seksyen 23, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, bagi sekatan mengenai pencemaran bunyi bising dan mematuhi "Guidelines for Environmental Noise Limits and Controls".
Jika gangguan bunyi bising melebihi had yang dibenarkan, pihak MPPn akan mengambil tindakan dibawah Seksyen 80, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) iaitu menghapuskan memberhentikan kacau ganggu awam yang berlaku dalam kawasan.