Penerangan
26 Mac 2024, Kota Bharu - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat dari YBrs Tuan Zainal bin Madasin, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kelantan bersama - sama dengan 4 orang pegawainya. Turut menerima kunjungan hormat ini adalah YBrs Encik Wan Aminordin bin Wan Kamaruddin, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kelantan dan 2 orang pegawai dari Unit Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT).
Perjumpaan ini adalah bagi membincangkan tentang isu semasa pembakaran terbuka yang kerap berlaku di negeri Kelantan berserta kaedah pengawalan dan pemadaman oleh pihak JBPM dan penguatkuasaan oleh JAS.
Kawasan titik panas (hotspot) yang telah dikenalpasti adalah kawasan tanah gambut sekitar Bachok, kawasan tanah gambut sekitar Pasir Mas dan tapak pelupusan sampah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).