Penerangan
09 Mei 2024 , Kota Bharu -
Mesyuarat Penutup Audit Perjawatan Organisasi (APO) Tahun 2024 di Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam telah diadakan di Bilik Mesyuarat Sri Kenali, Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi , YBrs. Dr Norhazni binti Mat Sari, telah dihadiri oleh wakil Jabatan Perkhidmatan Awam, Pengarah Bahagian Penilaian, Pengarah Bahagian Pentadbiran, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan, pegawai-pegawai dari Bahagian Penilaian Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat, dan pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan. Mesyuarat ni juga turut disertai oleh Pengarah-Pengarah JAS Negeri secara atas talian.
Taklimat hasil penemuan Audit Perjawatan Organisasi Jabatan Alam Sekitar pada 6 hingga 9 Mei 2024 telah disampaikan oleh Ketua Audit JPA iaitu Encik Mohd Shahren bin Ahmad.
Diharap melalui audit ini dapat menambahbaik struktur perjawatan di Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan amnya dan di Jabatan Alam Sekitar Malaysia secara umumnya.