PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

PEMANTAUAN DI KAWASAN TANAH GAMBUT BACHOK, KELANTAN

Nur Ayuni 25/07/2024 5 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMANTAUAN DI KAWASAN TANAH GAMBUT BACHOK, KELANTAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
25/07/2024
Organisasi
DOE Kelantan
Lokasi
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan

Penerangan

19 April 2024, Bachok - Unit Operasi Mencegah Pembakarn Terbuka (OMPT) JAS Negeri Kelantan telah mengadakan pemantauan ke kawasan tanah gambut Bachok ekoran cuaca panas dan terdapatnya lokasi - lokasi yang telah berlaku pembakaran terbuka di kawasan tanah gambut tersebut. Pihak Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Kelantan telah memulakan kerja-kerja pengepaman telaga tiub di kawasan tanah gambut tersebut. Pengepaman telaga tiub adalah bertujuan untuk melembapkan tanah gambut dan menghalang api dari merebak ke kawasan lain sekiranya terdapat sebarang kebakaran. Operasi pemadaman oleh pihak Bomba berjalan dengan lancar setelah mendapatkan sumber air dari parit tersebut . Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyelenggara parit dan menutup pintu check dam, untuk takungan air yang banyak di kawasan tanah gambut Bachok.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan