PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

Operasi Bersepadu (Ops Gerak) Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak (JAS Sarawak) Dan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Lundu (BSPT)

Charlie 25/07/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Operasi Bersepadu (Ops Gerak) Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak (JAS Sarawak) Dan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Lundu (BSPT)
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
25/07/2024
Organisasi
DOE Sarawak
Lokasi
Sarawak>Lundu

Penerangan

15 Julai 2024, KUCHING – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sarawak telah menjalankan Operasi Gerak Bersepadu (Ops Gerak) bersama BSPT Daerah Lundu bermula dari 12 Julai 2024 hingga 13 Julai 2024. Operasi ini melibatkan seramai tujuh pegawai dari JAS Sarawak dan lima pegawai dan anggota dari BSPT Daerah Lundu yang berfokus kepada penguatkuasaan pelepasan asap hitam dari kenderaan diesel di bawah Peraturan 11(1) Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Dari Kenderaan Enjin Diesel) 1996 dan Peraturan 4, Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor), 1987. Dalam operasi ini, JAS Sarawak telah menjalankan sebanyak 50 ujian visual dari pelbagai kenderaan berenjin diesel. Sebanyak 10 buah kenderaan diesel dan 10 buah kenderaan motorsikal telah diuji daripada keseluruhan jumlah tersebut dengan menggunakan meter asap dan meter bunyi bising. Selain itu, sebanyak 7 Notis Arahan juga telah dikeluarkan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mana menghendaki kenderaan-kenderaan yang gagal untuk menjalani kerja-kerja pembaikan dan melakukan pemasangan ekzos asal serta hadir ujian semula di kemudahan PUSPAKOM dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan