Penerangan
12 Julai 2024, KUCHING – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sarawak telah menjalankan Operasi Bersepadu bersama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Land and Survey Department Sarawak pada 11 Julai 2024. Operasi ini melibatkan seramai empat pegawai dari JAS Sarawak, dua pegawai NREB dan MPP serta 4 pegawai Land and Survey Department Sarawak.
Tujuan operasi ini dijalankan susulan aduan yang diterima daripada penduduk di Lorong 1 dan Lorong 1A, Jalan Kangkok Off Jalan Batu Kawa berkenaan sebuah bengkel mengecat kereta yang menyebabkan kacau ganggu kepada penduduk berdekatan.