PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

Operasi Bersepadu Melibatkan JAS Perak Dan Jabatan Kerajaan Yang Berkaitan Ke atas Premis Pirolisis Di Daerah Kinta.

Maizah 25/07/2024 6 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Operasi Bersepadu Melibatkan JAS Perak Dan Jabatan Kerajaan Yang Berkaitan Ke atas Premis Pirolisis Di Daerah Kinta.
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
25/07/2024
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

17/7/2024, KINTA,PERAK - Satu operasi bersepadu yang dinamakan sebagai ‘Ops Pyro’ telah dijalankan ke atas premis-premis pirolisis di kawasan perindustrian di  Daerah Kinta. Operasi ini turut disertai oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Negeri Perak (JKKP). Antara objektif utama operasi ini adalah untuk mengambil tindakan mengikut bidang kuasa jabatan masing-masing terhadap premis yang terlibat. Semua kesalahan-kesalahan oleh premis diambil tindakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pihak JKKP juga turut mengambil tindakan dibawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022. Orang awam diseru untuk menyalurkan sebarang maklumat dan bekerjasama untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 dan http://eaduan.doe.gov.my

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan