10 Julai 2024, KANGAR – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS), Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Jabatan Tanah dan Galian (JTG) dan Lembaga Pembangunan dan Industri Pembinaan (CIDB) Negeri Perlis telah menjalankan operasi penguatkuasaan bersepadu ke atas projek pembangunan yang melibatkan aktiviti kerja tanah yang besar.
Selain menjalankan pemeriksaan ke atas pematuhan syarat-syarat EIA, operasi yang melibatkan 6 agensi dengan kekuatan 19 orang pegawai penguatkuasa ini turut memfokuskan pematuhan Penggerak Projek terhadap setiap perundangan yang digariskan dalam bidang kuasa agensi masing-masing.
Operasi ini telah mengesan beberapa aspek yang perlu ditambahbaik oleh Penggerak Projek terutamanya langkah-langkah kawalan pencemaran air dan udara bagi mengawal impak kepada kawasan sekitar.
Jabatan Alam Sekitar amat komited dalam mengawal pencemaran alam sekitar demi memastikan kelestarian alam sekitar di Negeri Perlis terus dipelihara. Jabatan juga amat menghargai sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh semua agensi terlibat atas usaha dan komitmen dalam menjaga alam sekitar.
Orang awam adalah diminta untuk menyalurkan aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].
#nres
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_julai2024