Penerangan
11 JULAI 2024, MELAKA – Satu (1) pembentangan latihan industri telah disampaikan oleh pelajar praktikal daripada Universiti Tun Hussien Onn (UTHM) iaitu Cik Ely Ezleen binti Roslin pada 10 Julai 2024 yang lalu bertempat di Perpustakaan Enviro-Digital @ JASMelaka, Menara Persekutuan. Sesi pembentangan turut dihadiri Encik Azmi bin Kisson, Ketua Unit Pendidikan JAS Negeri Melaka dan Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Abu Bakar, Pengarah Pusat Kemajuan Kerjaya & Alumni, Universiti Tun Hussien Onn (UTHM). Pelajar telah membentangkan fungsi, misi, visi, bidang tugas Jabatan Alam Sekitar serta pengalaman beliau ketika ditempatkan di beberapa unit di jabatan ini.
Selamat menempuhi bidang kerja yang mencabar.
#KementerianSumberAslidanKelestarianAlam
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasnegerimelaka