Penerangan
16 Julai 2024, Segamat: Sebuah premis kitar semula buangan bateri di Kawasan Perindustrian Segamat 2 telah dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar Cawangan Muar kerana didapati beroperasi tanpa lesen JAS dan telah mengakibatkan pencemaran bau.
Siasatan dijalankan di premis berkenaan hasil maklumat daripada aduan orang awam. Tindakan POK diambil bagi menghentikan pencemaran bau daripada terus berlaku yang seterusnya boleh menggugat kesihatan awam. Selain itu, premis juga beroperasi tanpa mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) terlebih dahulu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 18 dan Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.