PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

Operasi Bersepadu Pemeriksaan Kenderaan Bermotor JAS Perak

Maizah 25/07/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Operasi Bersepadu Pemeriksaan Kenderaan Bermotor JAS Perak
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
25/07/2024
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

02 Julai 2024, Batu Gajah - Jabatan Alam Sekitar telah melaksanakan  Operasi Ops Gerak bagi kawalan pelepasan asap hitam dari kenderaan enjin diesel bagi memastikan pengguna jalan raya terus mematuhi peraturan lalu lintas. Operasi ini adalah dengan kerjasama IPD Batu Gajah. Operasi ini dijalankan di Jalan Bemban Baru - Kg Pisang dan fokus menguatkuasaan kawalan pelepasan adalah dari kenderaan   berenjin diesel yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. JAS Perak telah mengeluarkan sebanyak 2 kompaun kepada pemilik kenderaan atas kesalahan melepaskan asap hitam melebihi had yang dibenarkan di bawah  Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan 3 notis Arahan Ujian Semula di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada pemilik kenderaan yang tidak patuh. Pemilik kenderaan adalah diingatkan supaya kenderaan berkeadaan baik dan mematuhi undang-undang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.   #NRES #hariozonsedunia2024 #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_julai2024 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan