Penerangan
25 Februari 2024 – Projek Pembangunan Ladang Hutan di HSK Sungai Durian, Mukim Telekong, Daerah Batu Mengkebang, Jajahan Kuala Krai, Kelantan.
Unit EIA Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kelantan telah mengadakan lawatan ke tapak cadangan projek EIA bagi aktiviti perhutanan yang melibatkan pembangunan ladang hutan getah klon balak di jajahan Kuala Krai, Kelantan.
Lawatan ini dihadiri oleh pihak pemaju projek dan jururunding EIA.
Lawatan tapak ini diadakan bagi memastikan maklumat yang ada di tapak cadangan projek mengikut kehendak Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sebelum laporan EIA ini dapat dipertimbangkan.