Penerangan
1-4 JULAI 2024, JOHOR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor terdiri daripada lima (5) Cawangan dan empat (4) Unit Penguatkuasaan telah menjalankan Ops Lembangan Bil. 5/2024 bagi premis di kawasan seliaan Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat) meliputi daerah Kulai dan Pontian. 48 premis meliputi PYBDT dan juga loji kumbahan telah diperiksa sepanjang operasi.
Ops Lembangan ini menumpukan kepada premis yang tertakluk kepada semua Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) seperti PPKAS (Efluen Perindustrian) 2009 dan PPKAS (Kumbahan) 2009. 20 premis telah dikenakan tindakan Notis Arahan dan 56 syor kompaun dikenakan diatas pelbagai kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 termasuk PPKAS (Buangan Terjadual) 2005. Dua (2) premis juga dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK).