PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

SESI LIBAT URUS DAN PROGRAM PENANAMAN POKOK DI BAWAH PELAN KERJASAMA STRATEGIK (SEP30) JABATAN ALAM SEKITAR – TENAGA NASIONAL BERHAD

4dm1n@d03 25/07/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI LIBAT URUS DAN PROGRAM PENANAMAN POKOK DI BAWAH PELAN KERJASAMA STRATEGIK (SEP30) JABATAN ALAM SEKITAR – TENAGA NASIONAL BERHAD
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
25/07/2024
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

11 JULAI 2024, JOHOR BAHRU – Satu (1) sesi libat urus bersama Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah diadakan bersama pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB). Sesi libat urus ini diketuai oleh Puan Normy Maziah binti Mohd Said, Deputy Head Centre of Excellence, bertujuan untuk meningkatkan dan mengukuhkan tahap pematuhan TNB terhadap kerangka perundangan alam sekitar melalui sesi dialog yang diadakan. Turut hadir sama Timbalan Pengarah, Encik Mohd Amin bin Ghazali dan barisan pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dan Jabatan Alam Sekitar Cawangan Pasir Gudang. Program penanaman pokok juga diadakan di Sireh Park, Iskandar Puteri bagi menyokong program penghijauan Malaysia melalui kempen penanaman 100 juta pokok. Kempen ini mensasarkan penanaman 100 juta pokok bermula dari tahun 2021 – 2025 untuk meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara kita. JAS Negeri Johor ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak TNB dalam menganjurkan program ini dan telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melestarikan alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan