PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA BERSAMA MENJAYAKAN PROGRAM BULAN KESEDARAN KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN TKR MANUFACTURING (MALAYSIA) SDN BHD

4dm1n@d03 25/07/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA BERSAMA MENJAYAKAN PROGRAM BULAN KESEDARAN KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN TKR MANUFACTURING (MALAYSIA) SDN BHD
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
25/07/2024
Organisasi
DOE Melaka
Lokasi
Melaka

Penerangan

12 JULAI 2024 TANGGA BATU, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah dijemput bagi menjayakan Program Bulan Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan anjuran TKR Manufacturing (Malaysia) Sdn Bhd dengan mengadakan ceramah dan pameran kesedaran alam sekitar.  Program telah diadakan pada 11 Julai 2024 bertempat di ruang legar TKR Manufacturing (Malaysia) Sdn Bhd.   Taklimat berkaitan kesedaran alam sekitar (Buangan Terjadual) juga turut disampaikan oleh Encik Azmi Kisson dari Unit Pendidikan dan Kesedaran, Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka kepada peserta program. Di antara objektif program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan, rasa tanggungjawab dan keprihatinan pekerja-pekerja premis tersebut terhadap tanggungjawab keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan alam sekitar. Selain itu, kaunter pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) juga turut dibuka bagi pekerja-pekerja kilang berkenaan semasa program berlangsung.   Jabatan ini mengalu-alukan kerjasama antara agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam menggalakkan promosi kesedaran terhadap alam sekitar kepada para pekerja dan orang awam.   #KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan