PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

PENGAUDITAN STESEN PENGAWASAN KUALITI AIR SUNGAI AUTOMATIK DI BAWAH PROGRAM PENGAWASAN KUALITI ALAM SEKITAR (EQMP)

Nasiruddin 25/07/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGAUDITAN STESEN PENGAWASAN KUALITI AIR SUNGAI AUTOMATIK DI BAWAH PROGRAM PENGAWASAN KUALITI ALAM SEKITAR (EQMP)
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
25/07/2024
Organisasi
DOE WP Putrajaya

Penerangan

TUARAN, SABAH, 2 JULAI 2024 - Pengauditan Stesen Pengawasan Kualiti Air Sungai Automatik telah dimulakan pada tahun 2024 oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) daripada Seksyen Kawalselia Konsesi dan Program Pengawasan, Bahagian Udara bersama-sama pihak konsesi iaitu Pakar Scieno TW Sdn. Bhd. (PSTW) di CR27S, Sungai Tuaran, Sabah iaitu stesen pengawasan kualiti air sungai automatik di hulu takat pengambilan air Telibong. Pengauditan ini bertujuan untuk memastikan pengoperasian stesen kualiti air sungai automatik di bawah EQMP dilaksanakan berdasarkan prosedur yang ditetapkan bagi memastikan elemen jaminan dan kawalan kualiti (QA/QC) sentiasa terjamin dan data yang tepat dihasilkan. Di samping itu, pengoperasian stesen CR27S di Sungai Tuaran yang dilanda banjir pada 30 Jun 2024 terutamanya pada deployment peralatan sensor di sungai turut diperiksa bagi memastikan peralatan berada dalam keadaan baik dan seterusnya memastikan keterjaminan data ke sistem pangkalan data berpusat.     #NRES #jabatanalamsekitar #EQMP #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan