Penerangan
SABAH, 3 JULAI 2024 - Pengauditan Stesen Pengawasan Kualiti Air Sungai Manual telah dimulakan pada tahun 2024 oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) daripada Seksyen Kawalselia Konsesi dan Program Pengawasan, Bahagian Udara bersama-sama pihak konsesi iaitu Pakar Scieno TW Sdn. Bhd. (PSTW) di Sungai Membakut (5SMBT001), Sungai Bongawan (5SBGW001), dan Sungai Kimanis (5SKMA001) yang terletak di Negeri Sabah. Pengauditan ini bertujuan untuk memastikan pengoperasian prosedur pensampelan, pengawetan dan penghantaran sampel pengawasan kualiti air sungai manual dilaksanakan berdasarkan prosedur yang ditetapkan berlandaskan penanda aras yang digunakan di peringkat global dan kebangsaan seperti Global Environmental Monitoring System (GEMS), Water Operational Guide, UNEP/WHO/UNESCO, Standard Methods for the Examination of Water and Wastewater, American Public Health Association (APHA) 22nd Edition, Guidance on Sampling Techniques (ISO/MS 5667-2), Guidance on Preservation and Handling of Water Samples (ISO/MS 5667-3), Guidance on Sampling of Rivers and Streams (ISO/MS 5667-6) dan Guidance on Quality Assurance and Quality Control of Environmental Water Sampling and Handling (ISO/MS 5667-14). Selain itu, pengauditan pengawasan kualiti air sungai manual di bawah EQMP juga dilaksanakan bagi memastikan keterjaminan dan kebolehpercayaan data yang digunakan oleh pelbagai pihak di peringkat antarabangsa, serantau dan kebangsaan.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#EQMP
#alamsekitartanggungjawabbersama