PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

PEMERIKSAAN DAN PENGAUDITAN STESEN PENGAWASAN KUALITI AIR SUNGAI AUTOMATIK, STESEN CR31S, SUNGAI MOYOG, SABAH DI BAWAH PROGRAM PENGAWASAN KUALITI ALAM SEKITAR (EQMP)

Nasiruddin 25/07/2024 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN DAN PENGAUDITAN STESEN PENGAWASAN KUALITI AIR SUNGAI AUTOMATIK, STESEN CR31S, SUNGAI MOYOG, SABAH DI BAWAH PROGRAM PENGAWASAN KUALITI ALAM SEKITAR (EQMP)
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
25/07/2024
Organisasi
DOE WP Putrajaya

Penerangan

TAMPARULI, SABAH, 2 JULAI 2024 – Pemeriksaan dan pengauditan Stesen Pengawasan Kualiti Air Sungai Automatik telah diteruskan pada tahun 2024 oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) daripada Seksyen Kawalselia Konsesi dan Program Pengawasan, Bahagian Udara bersama-sama pihak konsesi iaitu Pakar Scieno TW Sdn. Bhd. (PSTW) di CR31S, Sungai Moyog, Sabah iaitu stesen pengawasan kualiti air sungai automatik di hulu takat pengambilan air Kasigui. Stesen CR31S, Sungai Moyog terlibat dengan banjir besar yang melanda beberapa kawasan di Sabah pada 30 Jun 2024 dan menyebabkan deployment peralatan sensor di stesen tersebut di bawa arus sungai tetapi berjaya diselamatkan. Kerja-kerja pembersihan dan pemasangan deployment sementara telah dilaksanakan dan berjaya memastikan data parameter oksigen terlarut, kekeruhan, pH, suhu, konduktiviti, kemasinan, ammonium dan ammoniakal nitrogen dapat dijana serta di hantar ke pangkalan data berpusat alam sekitar (Environmental Data Centre). Pemasangan deployment kekal dengan peralatan sensor lain akan dilaksanakan dalam jangka masa terdekat ini. Pengauditan ini juga bertujuan untuk memastikan pengoperasian stesen kualiti air sungai automatik di bawah EQMP dilaksanakan berdasarkan prosedur yang ditetapkan bagi memastikan elemen jaminan dan kawalan kualiti (QA/QC) sentiasa terjamin dan data yang tepat dihasilkan.     #NRES #jabatanalamsekitar #EQMP #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan