Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- DEMONSTRASI MEWARNA OLEH RAJA PENSEL WARNA UNEH DAN PERTANDINGAN MELUKIS POSTER BERTEMAKAN ALAM SEKITAR PERINGKAT SEKOLAH SEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2024
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 11/07/2024
- Organisasi
- DOE WP Putrajaya
- Lokasi
- Putrajaya>Ibu Pejabat
Penerangan
26 Jun 2024, Bangi - Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) Jabatan Alam Sekitar Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan SK Jalan Empat Bangi Selangor telah menganjurkan Pertandingan Melukis Poster Bertemakan Alam Sekitar. Pertandingan ini telah disertai oleh hampir 50 orang murid di kalangan ahli Kelab Alam Sekitar di SK Jalan Empat.
Pertandingan yang dianjurkan ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat berkaitan kepentingan menjaga alam sekitar masa kini dan masa hadapan melalui seni lukis juga mempertingkat kefahaman dan memupuk pengetahuan murid sekolah rendah tentang kepentingan menjaga alam sekitar kepada pelajar sekolah. Program ini juga adalah antara program kesedaran alam sekitar yang sedang dijalankan di SK Jalan Empat bermula sejak 20 Jun 2024 lalu.
Pertandingan ini juga diserikan dengan penampilan istimewa oleh Raja Pensel warna Uneh yang telah menunjukkan demonstrasi mewarna dengan teknik yang betul dan menarik kepada semua peserta.
Pihak jabatan akan terus mempertingkatkan usaha berkaitan kesedaran alam sekitar terutama di kalangan pelajar sekolah secara berterusan supaya ianya dapat dipraktikkan oleh generasi ini.