Penerangan
PUTRAJAYA, 4 April 2024 – Jabatan Alam Sekitar telah mengadakan Program Program Bicara Intelek Siri 2 dan World Quran Hour dibawah anjuran Perpustakaan Enviro Digital@JAS secara hibrid iaitu kombinasi fizikal dan dalam talian. Ia dijalankan secara serentak di JAS seluruh negara.
Surah Al-Jumu’ah merupakan surah pilihan pada tahun ini, antara lain bagi memupuk kefahaman dan memangkin perubahan positif serta transformasi masyarakat di peringkat global. Dalam hal ini, Jabatan Alam Sekitar jua menunjukkan komitmen berterusan kepada kempen World#QuranHour seiring hasrat menggerakkan gelombang baca, faham dan amal al-Quran dari Jabatan Alam Sekitar dan umumnya di Malaysia ke seluruh dunia.
Seramai 190 orang kakitangan JAS telah menjayakan program ini bersempena Ramadhan 1445H/ 2024M. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Nor Azamir bin Haji Alias, Imam Besar Masjid Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya yang telah menyampaikan tazkirah mengenai “Akhlak dan Kepimpinan?? seterusnya memimpin bacaan Surah Al-Jumu’ah bagi sesi World Quran Hour.
Terima kasih kepada YBrs Puan Mashitah binti Darus, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Alam Sekitar, Puan Azuri Azizah binti Haji Saedon, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik yang telah bersama-sama di menghadiri program yang dianjurkan dan Al Fadhil Ustaz Halmy bin Sirat selaku moderator program. Turut hadir sama dalam program adalah Pengarah-pengarah Bahagian/Negeri dan seluruh warga Jabatan Alam Sekitar.