PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PAMERAN ALAM SEKITAR SEMPENA KARNIVAL PENDIDIKAN ANJURAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTERI, NEGERI SEMBILAN

4dm1n@d03 11/07/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PAMERAN ALAM SEKITAR SEMPENA KARNIVAL PENDIDIKAN ANJURAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTERI, NEGERI SEMBILAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
11/07/2024
Organisasi
DOE Negeri Sembilan
Lokasi
Negeri Sembilan

Penerangan

10 JULAI 2024, Seremban- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah dijemput untuk mengadakan pameran alam sekitar sempena Karnival Pendidikan di SMK Puteri. Program ini turut dihadiri oleh guru-guru, ibu-bapa dan pelajar-pelajar SMK Puteri. JAS Negeri Sembilan melalui Unit Pendidikan dan Kesedaran telah mengadakan pameran berkenaan kesedaran alam sekitar yang bermatlamat untuk memberi kesedaran berkenaan kepentingan pemuliharaan alam sekitar dan edaran risalah yang mengandungi info kepentingan menjaga alam sekitar dan mengenai Pengumpulan Buangan Elektrik Dan Elektronik (E-waste). Selain itu, pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) juga dibuka bersempena dengan program ini. JAS Negeri Sembilan sentiasa komited dalam menyokong usaha-usaha pihak sekolah di negeri ini di dalam kempen menerapkan budaya pemuliharaan alam sekitar. #NRES #jabatanalamsekitar #jasn9 #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan