PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan|Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

OPS GERAK JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI MELAKA DENGAN KERJASAMA BAHAGIAN TRAFIK IPD DAERAH JASIN POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)

4dm1n@d03 11/07/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GERAK JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI MELAKA DENGAN KERJASAMA BAHAGIAN TRAFIK IPD DAERAH JASIN POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
11/07/2024
Organisasi
DOE Melaka
Lokasi
Melaka

Penerangan

2 JULAI, JASIN, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menjalankan Ops Gerak dengan kerjasama Bahagian Trafik dan IPD Jasin Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhampiran Tol Lipat Kajang, Jasin, Melaka. Operasi ini melibatkan seramai 5 orang pegawai daripada  Unit Kenderaan Bermotor (UKB) JAS Negeri Melaka yang telah menjalankan penguatkuasaan bagi pematuhan pelepasan kenderaan berenjin diesel merujuk kepada eraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan daripada Enjin Diesel) 1996, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974).   Sebanyak empat puluh lima(45) kenderaan telah diperiksa dan diuji. Daripada jumlah tersebut, dua (2) notis arahan bawah Seksyen 48A, AKAS telah dikeluarkan dan satu (1) buah kenderaan disyorkan untuk tawaran kompaun. Pemilik dan pengguna kenderaan adalah dinasihatkan untuk menjalankan penyelenggaraan kenderaan masing-masing secara berkala bagi memastikan kenderaan masing-masing menggunakan bahan bakar secara optimum bagi mengawal pencemaran daripada kenderaan masing-masing.   Orang ramai diminta untuk membantu Jabatan Alam Sekitar dengan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.   #KementerianSumberAslidanKelestarianAlam #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jasnegerimelaka

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan