Penerangan
9 JULAI 2024, KULAI, JOHOR - Pasukan penguatkuasa Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat) telah membuat siasatan di depoh lori yang menjalankan aktiviti pengangkutan di kawasan Kulai.
Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di atas kesalahan menjalankan pemanasan minyak kelapa sawit yang menyebabkan bau dan tidak mempunyai lesen untuk memproses di bawah Seksyen 38a(1)(a) di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah diambil.
Notis Arahan akan dikeluarkan atas kesalahan beberapa peraturan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 seperti tidak menguruskan buangan terjadual dengan baik dan mengadakan stor yang bersesuaian dan tertutup.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.