Penerangan
9 JULAI 2024, PONTIAN, JOHOR - Pegawai Penguatkuasa Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat) bertindak di atas aduan awam pelepasan asap daripada kilang menghasilkan arang daripada tempurung kelapa.
Aduan didapati berasaskan dan premis juga telah diarahkan serta-merta menghentikan proses pembakaran dibawah Seksyen 31(1)(g) dan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) ke atas alat pengeluaran (rotary dryer) di bawah Seksyen 38a(1)(a) di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Premis juga dalam proses mendapatkan lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan akan dirujuk kepada PBT untuk tindakan lanjut. Premis tidak dibenarkan beroperasi tanpa apa-apa lesen beroperasi daripada PBT.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.