Penerangan
KUANTAN, 05 Julai 2024 - Suasana hari pertama di Reruai Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sempena Program MADANI Rakyat Zon Timur di Dataran Sayangi Kuantan dari 5 hingga 7 Julai 2024 memang meriah! Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang juga turut serta dalam program tersebut.
Banyak pameran menarik, khidmat kaedah pengurusan e-waste, kempen pengumpulan e-waste dan promosi pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS) pada pengunjung yang hadir serta aktiviti-aktiviti menanti anda di sini.
Jom sokong kami dengan menghantar e-waste di khemah pengumpulan e-waste di Tempat Letak Kereta Majlis Bandaraya Kuantan. Jangan lepaskan peluang ini!