Penerangan
PEKAN, 04 Julai 2024 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah menghadiri lawatan teknikal bersama Jabatan Pengairan & Saliran, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan beberapa agensi lain ke Ladang Seri Jelutung, Pekan.
Sesi ini membincangkan dan menangani isu - isu teknikal berkaitan infrastruktur pengurusan tanah gambut bagi mencegah kebakaran tanah gambut di lokasi.
Lawatan turut dihadiri oleh wakil Ladang PKPP Seri Jelutung, SMPEM, GLobal Environment Centre (GEC) dan Syarikat Enggang.