Penerangan
ROMPIN, 04 Julai 2024 - JAS Cawangan Rompin telah menerima satu aduan berkaitan fenomena air hijau di sepanjang Sungai Jeram di daerah ini.
Siasatan ke lokasi aduan telah dijalankan bagi mengenalpasti punca. Sampel air sungai telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis.
JAS Cawangan Rompin akan terus menjalankan pemantauan kualiti air sungai bagi memastikan pematuhan berterusan premis industri terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan dibawahnya.