Penerangan
TEMERLOH, 1 Julai 2024 - Jabatan Alam Sekitar Cawangan Temerloh telah dijemput menyampaikan Ceramah berkaitan Alam Sekitar yang dianjurkan oleh SMK Temerloh Jaya.
Ceramah ini telah disertai oleh pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan isu dan meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar yang telah disampaikan oleh Puan Siti Noriah binti Abu Bakar, Ketua Cawangan JAS Cawangan Temerloh.
JAS Negeri Pahang, merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan di atas komitmen pihak sekolah dalam melestarikan alam sekitar di kalangan pelajar dan pendidik.