PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

TEMU BUAL SLOT BERITA WILAYAH JABATAN PENYIARAN MALAYSIA (RTM) DI BAWAH PROGRAM MENCEGAH KEBAKARAN TANAH GAMBUT NEGERI PAHANG

Tc. Muhammad Aminuddin 11/07/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
TEMU BUAL SLOT BERITA WILAYAH JABATAN PENYIARAN MALAYSIA (RTM) DI BAWAH PROGRAM MENCEGAH KEBAKARAN TANAH GAMBUT NEGERI PAHANG
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
11/07/2024
Organisasi
DOE Pahang
Lokasi
Pahang>Kuantan

Penerangan

KUANTAN, 20 Jun 2024 - Program Mencegah Kebakaran Tanah Gambut Untuk Mengatasi Jerebu di Malaysia diwujudkan sebagai tindakan pencegahan bagi mengawal kebakaran di kawasan tanah gambut yang dilihat lebih praktikal berbanding kerja-kerja pemadaman, memandangkan kebakaran yang berlaku di tanah gambut amat sukar dipadamkan serta mengambil masa yang lama. Program ini bermula sejak 2009 di bawah RMKe-9 dan pelaksanaannya diteruskan sehingga RMKe-12. Melalui program ini, lima jenis infrastruktur telah dibangunkan iaitu sekatan saliran, telaga tiub, kolam takungan, menara tinjau dan piezometer. Jumlah infrastruktur pencegahan kebakaran tanah gambut negeri Pahang adalah 125 unit dengan pecahan 87 sekatan saliran, 17 telaga tiub, 5 unit kolam takungan, 1 unit menara tinjau di Penor dan 15 unit piezometer.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan