Penerangan
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah menjalankan satu verifikasi lapangan bagi Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) peringkat Negeri Sembilan di SMK Bandar Baru Sri Sendayan pada 4 Julai 2024. SMK Bandar Baru Sri Sendayan merupakan antara finalis Program SLAAS peringkat Negeri Sembilan bagi kategori Sekolah Menengah.
Verifikasi lapangan ini dihadiri oleh juri daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan dan Majlis Bandaraya Seremban.
Jabatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada SMK Bandar Baru Sri Sendayan atas usaha yang dibuat untuk memenuhi kriteria penjurian SLAAS. Kerjasama oleh guru-guru, pelajar, ibu-bapa, dan komuniti setempat wajar dipuji dalam membina persekitaran yang lebih lestari.