Penerangan
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah menjalankan satu verifikasi lapangan bagi Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) peringkat Negeri Sembilan di SMK Jalor pada 4 Julai 2024. SMK Jalor merupakan antara finalis Program SLAAS peringkat Negeri Sembilan bagi kategori Sekolah Menengah.
Verifikasi lapangan ini dihadiri oleh juri daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.
Jabatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada SMK Jalor atas usaha yang dibuat untuk memenuhi kriteria penjurian SLAAS. Kerjasama oleh guru-guru, pelajar, ibu-bapa, dan komuniti setempat wajar dipuji dalam membina persekitaran yang lebih lestari.