Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- BENGKEL LATIHAN PENGGUNAAN ALAT PORTABLE MULTIGAS ANALYZER-CEREX DAN ANALISIS DATA PELEPASAN GAS BERPUNCA DARIPADA AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA DI JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERAK
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 11/07/2024
- Organisasi
- DOE Perak
- Lokasi
- Perak
Penerangan
12 Jun 2024, PERAK – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menganjurkan satu sesi Bengkel Latihan Penggunaan Alat Portable Multigas Analyzer (CEREX) dan analisis data pelepasan gas berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka kepada semua kakitangan teknikal di Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak. Program ini telah diadakan di pejabat Jabatan Alam Sekitar Cawangan Gopeng bersempena dengan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Tahun 2024.
Bengkel ini diadakan bertujuan sebagai pendedahan kepada pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak di dalam aspek pengendalian dan pengoperasian alatan CEREX dan mahir menganalisis data cerapan gas daripada alat tersebut bagi menghasilkan pelaporan yang lebih berkualiti dan informatif.
Sesi pembelajaran ini telah disampaikan oleh wakil daripada pihak syarikat pembekal peralatan alat CEREX dan pegawai daripada bahagian udara Jabatan Alam Sekitar Putrajaya.