PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

CERAMAH, PAMERAN DAN PROGRAM PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK ISI RUMAH (HOUSEHOLD E-WASTE)

4dm1n@d03 11/07/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
CERAMAH, PAMERAN DAN PROGRAM PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK ISI RUMAH (HOUSEHOLD E-WASTE)
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
11/07/2024
Organisasi
DOE Negeri Sembilan
Lokasi
Negeri Sembilan

Penerangan

3 Julai 2024, Port Dickson - Program tersebut dianjurkan oleh Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dan Rakan Strategik iaitu Lak Macros Services Sdn Bhd selaku kontraktor berlesen. Aktiviti pengisian pada program tersebut adalah ceramah e-waste, pameran kesedaran alam sekitar dan program pengumpulan buangan elektrik dan elektronik isi rumah (household e-waste) sempena Hari Alam Sekitar Sedunia yang bertempat di Petron Refinery, Port Dickson. Program ini turut dihadiri oleh kakitangan Petron Refinery, Port Dickson. JAS Negeri Sembilan melalui Unit Pendidikan dan Kesedaran telah menyampaikan ceramah kesedaran e-waste dan membuat pameran dalam program tersebut. Program Pengumpulan E- Waste ini diadakan sebagai salah satu inisiatif bagi menyampaikan maklumat dan kesedaran kepada orang awam khususnya komuniti berkaitan kepentingan menguruskan buangan elektrik & elektronik ini dengan cara yang betul. Selain daripada itu, program pada hari ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan pengurusan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) secara mesra alam. JAS Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berbentuk kesedaran alam sekitar dan menyokong usaha pelbagai pihak dalam menjalankan program pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Jom hantar e-waste ke tempat pengumpulan yang berdaftar. Layari laman sesawang https://ewaste.doe.gov.my/ atau muat turun aplikasi 'MyEwaste' untuk mengetahui tempat pengumpulan yang terdekat. "E-waste Dikitar Bumi Terpelihara" "Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama" #NRES #jabatanalamsekitar #jasn9 #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan