Kuala Kangsar, 13 Jun 2024 – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah memenangi kes pendakwaan di Mahkamah Seksyen Kuala Kangsar, Perak dimana Orang Kena Saman (OKS) mengaku bersalah 13 Jun 2024
Orang Kena Saman (OKS) dituduh bagi kesalahan:
1.) Membuang efluen perindustrian dengan kandungannya melebihi kepekatan Standard A, sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Kelima, Peraturan 11(1)(a) PPKAS (Efluen Perindustrian) 2009 iaitu untuk parameter:-
- BOD5 sebanyak 656mg/L melebihi Std 20mg/L
- SS sebanyak 293mg/L melebihi 50mg/L
iii. Besi /Fe sebanyak 1.7mg/L melebihi 1.0mg/L; dan
- Warna sebanyak 1757ADMI melebihi 100 ADMI.
2.) Membuang efluen perindustrian dengan kandungannya melebihi kepekatan Standard A, sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Ketujuh, Peraturan 12(a) (Efluen Perindustrian) 2009 utk parameter COD sebanyak 1799mg/L melebihi 80mg/L.
Orang Kena Saman (OKS) didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM125,000.00.
orang awam boleh melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau e-emel ke
[email protected] dan melalui portal e-aduan jas di https://eaduan.doe.gov.my
#NRES
#hariozonsedunia2024
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_jun2024
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari